Rabu, 31 Oktober 2018

OMEGA-3 ADALAH LEMAK SIHAT


Asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan, antaranya:


  1. Meningkatkan peredaran darah
  2. Kesihatan otak
  3. Menggalakkan kesihatan sendi
  4. Membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan


Dalam entri kali ini, syiin ingin kongsikan bagaimana omega-3 membantu dalam penurunan berat badan. Senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang juga sangat penting untuk membantu penurunan berat badan.

BAGAIMANA OMEGA-3 MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN?


1. MENGAWAL ATUR TAHAP LEMAK BADAN YANG SIHAT.


Lemak berlebihan yang terkumpul di dalam badan menyebabkan berat badan bertambah. Omega-3 dapat membantu meningkatkan metabolik badan dan meningkatkan kadar pembakaran lemak. Ia juga membantu meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh badan serta mengawal paras lemak yang sihat.

2. MENYEIMBANGKAN RASA KENYANG.


Pengambilan Omega-3 beserta diet yang seimbang dapat mengawal hormon ghrelin dan leptin ini dengan memberi rasa kenyang. Kedua-dua hormon ini adalah hormon yang bantu mengawal rasa lapar atau kenyang.

3. MENINGKATKAN PARAS INSULIN YANG SIHAT.


Sepertimana yang kita semua tahu, insulin membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga di dalam badan. Omega-3 membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin untuk dirembes keluar. Apabila insulin dirembeskan dengan baik, lemak yang disimpan daripada makanan yang kita makan adalah rendah.

4. MENGURANGKAN TEKANAN.


Siapa antara kita apabila stress saja mesti nak 'reward' diri makan makanan yang sedap-sedap?

Ini disebabkan hormon kortisol yang berlebihan di dalam badan. Hormon kortisol ialah hormon yang mempengaruhi tubuh badan untuk bertindak terhadap tekanan. Ia juga menyebabkan anda menyimpan lemak bukan membakar kalori-kalori jahat di dalam badan.  Oleh itu, pengambilan Omega-3 dapat membantu mengawal atur tahap hormon kortisol yang sihat di dalam tubuh badan kita.

Apabila hormon kortisol dalam tahap yang baik, ia boleh membantu:


  • mengatur kadar gula dalam darah
  • melawan keradangan
  • meningkatkan memori
  • mengatur tekanan darah yang baik
  • perkembangan janin yang sihat







Your Trusted Shaklee Independent Distributor,

Nur Maizatul Nasyiin Mohamad [ ID : 1241776 ]
FB : Nur Maizatul Nasyiin Mohamad (Syiin)
FB Page : Shaklee by Syiin
Instagram : Pengedar Bebas Shaklee Johor
Whatsapp : Syiin